Sejarah Sekolah & BOSS

SEJARAH SK LIPASU RANAU, SABAH.

Kewujudan SK.Lipasu adalah atas kesedaran penduduk kelima-lima buah kampung di kawasan ini untuk mendapatkan buah kampung di kawasan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan. Usaha untuk mewujudkan sekolah ini bermula sejak dari tahun 1964 dan berterusan hingga tahun 1966. Terdapat lima orang kuat penduduk kampung Lipasu yang berusaha keras untuk merealisasikan penubuhan sekolah ini. Mereka ialah ;
  • En.Majid Kangot  :Selaku Setiausaha Pergerakan Pemuda USNO pada ketika itu.
  • En.Sabin Gurapong        : Ketua Kampung Lipasu.
  • En.Yassin Sadi               : Penolong Ketua Kampung Lipasu.
  • En.Harun Suman            : AJK Tertinggi USNO Kampung Lipasu.
  • En.Sinon Dumaring        : AJK Tertingii USNO Kg.Lipasu.
Dengan usaha gigih mereka, maka pada tahun 1966 lahirlah sebuah sekolah yang dikenali dengan nama Government Primary School. Pada awal sekolah hanya mempunyai sebuah bangunan yang menempatkan sebuah bilik darjah dan sebuah bilik guru dengan jumlah pelajar yang hanya seramai 25 orang sahaja. Pada 1 Mei 1967, sekolah ini telah dibuka secara rasminya oleh En.Mohd Aiffin iaitu Penyelia Kanan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau pada ketika itu.


Pada tahun 1982, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak sekolah yang ada sekarang dan bertukar nama kepada Sekolah Kebangsaan Lipasu. Bangunan baru sekolah ini terdiri daripada 1 blok yang mengandungi 3 buah bilik guru dan sebuah pejabat dan telah dirasmikan pada tahun 1983.





 SEJARAH PENUBUHAN BILIK BOSS SK LIPASU RANAU, SABAH.


Bilik Operasi Skim Pinjaman Buku Teks (BOSS) ini mula beroperasi sepenuhnya pada 01.01.2007 , Stor SPBT sekolah ini wujud sejak bermulanya Skim Pinjaman Buku Teks dan hanya beroperasi sebagai tempat menyimpan buku teks yang dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Stor SPBT Sekolah ini pada mulanya hanya berkeluasan 5" X  7" dan berkongsi sempadan dengan stor peralatan sukan. Pada hujung tahun 2006, stor sukan telah dipindahkan ke bangunan lain dan ini menjadikan sempadan dinding di antara stor SPBT dan stor sukan telah dipecahkan menjadi bilik SPBT berubah kepada 11" X 7". Walaupun keluasan bilik SPBT ini telah bertambah tetapi keadaan fizikalnya masih kurang memuaskan, namun penambahbaikan telah dilakukan secara berperingkat dari masa ke semasa.

Kini BOSS sekolah ini telah maju setapak lagi yang mana telah mempunyai bangunannya sendiri hasil daripada kerjasama PIBG sekolah serta sumbangan daripada Wakil Rakyat N. 31 Karanaan iaitu YB Datuk Hj.Masidi Manjun. Boss mempertingkatkan segala pengurusan mengenai buku teks dan juga keceriaan melalui pelbagai projek SPBT dengan kerjasama daripada pihak pentadbir serta ahli-ahli Kelab SPBT.

No comments:

Post a Comment